Dawson's Creek

Dawson's Creek ialah sebuah siri drama remaja Amerika Syarikat yang menceritakan kisah cereka kehidupan sekumpulan sahabat karib dan persahabatan mereka yang sangat erat, bermula dari awal sekolah menengah sehingga kolej.Ia dibintangi oleh James Van Der Beek sebagai Dawson Leery, Katie Holmes sebagai sahabat sekaligus dan pasangan cintanya, Joey Potter, dan Joshua Jackson sebagai sahabat karib mereka Pacey Witter. Michelle Williams memegang wataj sebagai Jen Lindley, yang baru berpindah dari New York ke Capeside.Siri ini dicipta oleh Kevin Williamson[1] dan ditayangkan perdana di The WB pada 20 Januari 1998 dan diterbitkan oleh Columbia TriStar Television (yang kemudian bertukar nama kepada Sony Pictures Television sebelum musim keenam yang sekaligus musim terakhir). Penggambaran siri ini dijalankan di Wilmington, Carolina Utara.Sebagai sebahagian dari rombakan baru ke atas rancangan televisyen dan filem bertemakan remaja di Amerika pada akhir dekad 1990-an, siri melancarkan kerjaya barsian pelakonnya sebagai bintang. Siri ini berakhir pada 14 Mei 2003.[2] Dawson's Creek menduduki kedudukan No. 90 dalam senarai "New TV Classics" Entertainment Weekly pada 2007.[3]

Dawson's Creek

Bahasa Inggeris
Penggubah
Negara asal Amerika Syarikat
Syarikat pengedaran Sony Pictures Television Distribution
Penerbit eksekutif
Lagu pembukaan
Pemasangan kamera Kamera tunggal
Syarikat penerbitan
Lokasi Wilmington, North Carolina
Cape Cod, Massachusetts
Tempoh siaran 45 minit
Siaran asal 20 Januari 1998 (1998-01-20) – 14 Mei 2003 (2003-05-14)
Pencipta Kevin Williamson
Bilangan episod 128
Rancangan berkaitan Young Americans
One Tree Hill
Dibintangi oleh
Genre Drama remaja
Bilangan musim 6
Saluran asal The WB